Sunday, April 11, 2010

 
Pilihanraya kecil untuk Parlimen Ulu Selangor akan diadakan tidak lama lagi. Siapa yang akan bertanding atas tiket BN atau Perosak Rakyat masih menjadi tanda tanya. Tapi yang pastinya duit akar mencurah-curah keluar. Di sini kita akan lihat siapa yang akan berkerja untuk parti atau duit.
Semuanya duit. Nak tampal poster. Nak gantung bendera. Nak gantung banner. Nak konvoi motorsikal bawa bendera, habis semua Mat Rempit dikutip. Dan yang paling menyampah pastinya Perosak Rakyat akan membuat poster dan banner berunsur fitnah, menyerang peribadi calon dan PM. Penyokong-penyokong samseng pun akan naik minyak.

Thursday, March 4, 2010

 

Peguambela. Peguamcara, Peguam ...


Selalu kita jumpa dalam kad peguam tertulis Peguambela dan Peguamcara.

Peguambela ini adalah peguam yang berperanan membela kita apabila dicaj di Mahkamah kerana kesalahan atau disaman di Mahkamah. Manakala, Peguamcara membantu kita dalam hal-hal beli rumah atau perjanjian perniagaan atau apa-apa urusan kewangan khususnya. Mereka ini membetulkan cara atau beri cara nak mengelat pihak sebelah sana.

Rasa sudah sampai Majlis Peguam mulakan satu lagi bidang dalam profesyen guaman iaitu peguam specialist yang dipanggil Peguamtunda. Peguam ini ditugaskan hanya untuk menunda Mahkamah.

Dibawah Sulaiman Abdullah sebagai Peguamtunda, Anwar berjaya dapat menunda Mahkamah selama 18 bulan dan sebanyak hampir 20 kali. Sebagai Peguamtunda, Karpal Singh berjaya menunda Mahkamah yang sedang prosiding untuk melambatkan Mahkamah dengan alasan Utusan Malaysia tidak didakwa kerana menghina mahkamah (contempt of court).

Prospek untuk anak-anak muda jadi Peguamtunda sangat baik. Banyak berlaku pihak yang kena saman Bank tidak ada alasan langsung untuk lawan tapi hanya mahu ambil masa mudah-mudahan dapat kumpulkan wang untuk bayar Bank.

Ada Peguamtunda boleh lambatkan atau hilangkan dokumen dari sampai kepada hakim dan tunda sampai dua tahun setengah. Ini lagi cekap sampai Peguamtunda Karpal Singh pun tertunda.

Selain itu adalah Peguam Syarie untuk urusan keluarga Islam tapi tidak termaktub dalam Mahakmah Sibil. Dengan Anwar sedang cuba guna Mahkamah untuk selamatkan diri, bakal adalah Peguamtunda untuk Mahkamah Syarie.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]